Tuesday, December 21, 2010

berani mengaku kesalahan.


Seorang wanita muda telah datang kepada Rasulullah SAW
untuk mengadu masalahnya,


" Ya Rasulullah, aq sebenarnya telah melanggar hukum 
agama. Aq telah berzina dengan seorang lelaki dan sekarang 
sedang hamil. Aq sudah bertaubat dan aq mahu Rasulullah 
menegakkan hukum Allah ke atas diriku yg sudah melakukan 
kesalahan ini ," jelas wanita yg sedang hamil 6bulan.


"Kamu panggilkan wali(bapa) kamu ke sini, 
aq hendak bercakap dengannya,"
beritahu Rasulullah kpd wanita itu.


Wanita muda itu beredar dan tidak lama kemudian
wanita muda itu datang bersama-sama bapanya
menghadap Rasulullah SAW.



"Saya datang Ya Rasulullah," kata bapa wanita muda itu.


"Kamu bawa pulang anak perempuan kamu ini. Jagalah 
dia baik-baik sehingga dia melahirkan anak yg dikandungnya. 
Apabila sudah melahirkan anak, kamu bawalah dia datang 
semula berjumpa aq," terang Rasulullah.


Beberapa bulan kemudian setelah melahirkan anak, bapa wanita
itu membawa anak perempuannya berjumpa Rasulullah SAW.
Wanita muda itu sekali lagi memohon supaya
hukuman dilakukan ke atasnya.


Sesuai dengan perbuatannya dan hukum Allah, wanita
muda ini akhirnya direjam sehingga mati. Setelah kematiannya,
Rasulullah SAWmeminta para sahabatnya, memandi dan
menyembahyangkan jenazah sebelum dikebumikan. Kemudian
Umar datang kpd Rasulullah SAW dan bertanya,



"Ya Rasulullah, perlukah wanita muda ini disolatkan? 
bukankah dia berzina?"



"Dia sudah bertaubat dengan sebenar-benar taubat. 
Sekiranya taubat itudibahagi kpd 70 penduduk Madinah, 
pasti ckup untuk mereka. Manakah lagitaubat yg lebih 
bermakna daripada menyerahkan nyawa kpd Allah dgn hati
yang ikhlas?" Jawab Rasulullah.



"Ingatlah Islam tidak membezakan mereka yg melakukan 
kesalahan dan dosa asalkan mereka berani mengakui 
kesalahan dan mengaku bertaubat tidak akan 
mengulangi lg," pesan Rasulullah.


Akhirnya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tetap memandi dan
menunaikan solat jenazah untuk wanita yg sanggup direjam demi
menegakkan hukum agama.



Keberanian wanita itu mengakui kesalahan sangatlah menyentuh hati.
Dan kita haruslah mengambil iktibar,agar kita tergolong dlm 
golongan yg berani mengaku kesalahan.
moga Allah mengampuni dosa kita (:

No comments:

Post a Comment