Monday, December 27, 2010

.jati diri.



"cinta itu naluri namun kedewasaan 
mengendalikan cinta
itulah jati diri."

Tuesday, December 21, 2010

berani mengaku kesalahan.


Seorang wanita muda telah datang kepada Rasulullah SAW
untuk mengadu masalahnya,


" Ya Rasulullah, aq sebenarnya telah melanggar hukum 
agama. Aq telah berzina dengan seorang lelaki dan sekarang 
sedang hamil. Aq sudah bertaubat dan aq mahu Rasulullah 
menegakkan hukum Allah ke atas diriku yg sudah melakukan 
kesalahan ini ," jelas wanita yg sedang hamil 6bulan.


"Kamu panggilkan wali(bapa) kamu ke sini, 
aq hendak bercakap dengannya,"
beritahu Rasulullah kpd wanita itu.


Wanita muda itu beredar dan tidak lama kemudian
wanita muda itu datang bersama-sama bapanya
menghadap Rasulullah SAW.



"Saya datang Ya Rasulullah," kata bapa wanita muda itu.


"Kamu bawa pulang anak perempuan kamu ini. Jagalah 
dia baik-baik sehingga dia melahirkan anak yg dikandungnya. 
Apabila sudah melahirkan anak, kamu bawalah dia datang 
semula berjumpa aq," terang Rasulullah.


Beberapa bulan kemudian setelah melahirkan anak, bapa wanita
itu membawa anak perempuannya berjumpa Rasulullah SAW.
Wanita muda itu sekali lagi memohon supaya
hukuman dilakukan ke atasnya.


Sesuai dengan perbuatannya dan hukum Allah, wanita
muda ini akhirnya direjam sehingga mati. Setelah kematiannya,
Rasulullah SAWmeminta para sahabatnya, memandi dan
menyembahyangkan jenazah sebelum dikebumikan. Kemudian
Umar datang kpd Rasulullah SAW dan bertanya,



"Ya Rasulullah, perlukah wanita muda ini disolatkan? 
bukankah dia berzina?"



"Dia sudah bertaubat dengan sebenar-benar taubat. 
Sekiranya taubat itudibahagi kpd 70 penduduk Madinah, 
pasti ckup untuk mereka. Manakah lagitaubat yg lebih 
bermakna daripada menyerahkan nyawa kpd Allah dgn hati
yang ikhlas?" Jawab Rasulullah.



"Ingatlah Islam tidak membezakan mereka yg melakukan 
kesalahan dan dosa asalkan mereka berani mengakui 
kesalahan dan mengaku bertaubat tidak akan 
mengulangi lg," pesan Rasulullah.


Akhirnya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tetap memandi dan
menunaikan solat jenazah untuk wanita yg sanggup direjam demi
menegakkan hukum agama.



Keberanian wanita itu mengakui kesalahan sangatlah menyentuh hati.
Dan kita haruslah mengambil iktibar,agar kita tergolong dlm 
golongan yg berani mengaku kesalahan.
moga Allah mengampuni dosa kita (:

Saturday, December 11, 2010

cinta itu bukan Tuhan.


selalu x kita dgr lau dialog2 cerita
ataupun dlm lirik2 lgu
'mereka' sgt obses tentang cinta

"sanggup berkorban apa sahaja demi mempertahankan cinta"

ohh sgt tulus,luhur, dan suci.
tp jangan sampai kita sanggup memurkai Allah

kenapa manusia mudah tunduk kpd cinta.??
tetapi sukar tunduk dgn perintah Allah.?

sanggup kita melanggar perintah-Nya
kerana Cinta,?

sedangkan cinta itu nikmat pemberian Allah.
xperlu tunduk kpd kehendak cinta.
andai ia melanggar syariat.
kerana cinta itu bukan Tuhan.






p/s: carilah cinta Allah dan Rasul-Nya, insyaAllah tiada yg terguris dan mengguris. (:

Saturday, December 4, 2010

Maal Hijrah.



DOA AKHIR TAHUN

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


DOA AWAL TAHUN

Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



p/s: sama-sama kita berhijrah kepada yang lebih baik..insyaAllah.. mulakan hijrah dengan niat yang pasti..

Thursday, November 25, 2010

jgn terlalu mencari yg sempurna..


Jika kamu memancing ikan..
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu,
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja,
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana 
bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan 
MENDERITA selagi ia masih hidup...

Begitulah juga


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
.Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu. ...


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada 
takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... 
cukuplah sekadar keperluanmu
Apabila sekali ia retak
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih 
dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,  
TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan 
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan  
KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... 
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan 
kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... 
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu 
tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA 
apabila dia menjadi milik orang lain... 
Kamu juga yang akan MENYESAL.....


p/s : sabar itu indah

Wednesday, November 24, 2010

bacalah.


Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang selalu ditimpa kesedihan/kegundahan maka hendaklah dia membaca: 


“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, dan anak abdi-Mu, dan anak-anak-Mu, dan (berada) didalam genggaman-mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, dan berlaku keatas (diri) ku hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepadaMu dengan semua nama milik-Mu, (samada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dia di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihanku dan kedukaanku”. 


Ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Thursday, November 18, 2010

doa Rasulullah.

"Ya Allah..tanamkanlah kecintaan dalam diri kami dengan keimanan dan hiasilah hati kami dengan keimanan.Jadikanlah hati kami benci kepada kekufuran,kefasikan dan maksiat." 


Amin..

Monday, November 15, 2010

10 Zulhijjah.


Salam Aidiladha untuk semua rakan2. mengikut kalendar islam Hari Raya Aidiladha bermula pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah pada setiap tahun dan disambut seluruh dunia oleh umat islam. So, sedikit info mengenai sejarah Hari Raya Korban (:


Hari raya korban merupakan hari memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail demi tuntutan Allah Yang Maha Esa. Ini membuktikan betapa dalam dan hebatnya cinta Nabi Ibrahim terhadap Allah.

10 Zulhijjah juga merupakan tarikh dimana Nabi Adam dan Hawa di usir dari Syurga ke bumi kemudiannya bertemu kembali di padang Arafah.



p/s: Nabi Ibrahim juga sinonim dengan gelaran Khalil Ullah iaitu bermaksud “Sahabat Allah

Sunday, November 14, 2010

Alhamdulillah.

syukur dgn nikmat-Mu ya Allah
.

Friday, November 5, 2010


All I wanna do is TRADE
this life for something new...

holding on to what I haven't got


the hardest part of ending is
starting again.. (:



p/s : love this s0ng!

Tuesday, November 2, 2010

Maha Pemurah..


Barang siapa mengucapkan, " lailahaillallah " 100x dlm sehari,
maka baginya seperti memerdekakan 10 hamba dan dicatat baginya,
100 kebaikan, dan dihapus darinya 100 kesalahan, serta doanya 
menjadi perisai baginya dari syaitan pd hari itu sampai ke petang.
Dan tidak ada seorang pun menyamai hal itu, kecuali seseorang 
yang melakukannya lebih banyak darinya.

dan

Barang siapa mengucapkan " Subhanallah wa bihamdih " 100x
dalam sehari, maka dihapuskan dosa-dosanya sekalipun 
seperti buih di lautan.


< Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim >




inilah bukti betapa pemurahnya Allah,
ayuh rakan-rakan, basahi lidah dengan memuji-Nya (:

Sunday, October 24, 2010

senyum..


perasaan yg sgt menyenangkan..
tiap detik, waktu, dan ketika..
aku hanya memuji-Nya,
biar dilanda susah maupon senang..
terasa dekat dengan-Nya..

lg sulit keadaan yg aku rasa,
lg hebatnya Dia inginkan aku hampir dengan-Nya,

setiap luahanku, 
setiap rayuanku,
setiap permintaanku,

terasa Dia mendengar, dan ingin mendengar lg..
Alhamdulillah,
Moga Engkau tetapkan imanku ini.
andai aq berpaling dari-Mu, bimbing aku ya Allah

_________________________________________________________


semalam, selesai je solat isya'
jam hampir pkul 1pagi
wira termenung panjang..
waktu tu.. sedih, tertekan, susah hati.
wira baring atas katil cuba berzikir,
tenangkan diri, memujuk diri..
kemudian wira capai buku 'semai benih-benih syurga'
dan trus buka dengan hrapan mohon petunjuk dari Allah,
7 golongan yg mendapat naungan di akhirat
inilh tajuk yg wira terbuka,,
wira baca satu persatu, dan ada satu golongan yg menarik perhatian..


"dua orang yg berkasih sayang kerana Allah di mana 
kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah"


wira terus trlena dgn tenang,
bersyukur, kerana Allah memujuk wira.


Alhamdulillah


p/s :rahmati aq ya Allah.. berkati aq..

Wednesday, October 20, 2010

ayat pengasih.


salam.
sudah lama wira tidak mengupdate, blogger masalah skit.
maaf ye kalian..
kali neh nak share ayat pengasih ajaran Rasulullah SAW :


"Allahumma habbib a'bdaka hazaa ila i'baadikal mu'minin"

Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini menyintai org yg beriman
dan jadikanlah org yg beriman menyintaiku

(riwayat Muslim)


sesuai utk si isteri dengan titipkan hembusan doa ini semasa 
menyediakan makanan buat si suami.

ehehehe, lau single plak.. amalkan untuk disayangi dan
disenangi orang sekeliling. :)


skunk neh wira slalu masak (nanok^^) nasi dlm bilik,
so slalu jugak amalkan ayt pengasih neh., hehe.
Nursyafatin la 2 mangsa wira =P



p/s : maap ye, ayat 2 xpndai nak jawikan.. 

Saturday, October 16, 2010

dat is He..

" The ONE that LOVE us,
never really leave us "


He will always by your side
whenever u need Him.

yes. That is He. 
ALLAH SWT


Friday, October 15, 2010

solat.


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernyawa.
segalanya adalah rezeki dari Allah SWT
selawat dan salam buat junjungan nabi kesayangan Nabi Muhammad SAW :)

kali ini baru wira berani tuk menulis perkongsian rasa.
sebelum ni juz bagi petikan cerita tuk dikongsi..
tu pun copy paste je.. hehe =p

ok . hari ni nk tulis pasal solat.
pernahkah kamu sumer dengar bahawa solat mencegah kemungkaran?
jika anda mendirikan solat, dirikan dengan sesempurna yg mungkin.
kerana ini boleh mencegah anda dri kemungkaran.

ohohoho, wira sendirik pon lom ckup bgus bab solat.
Penuh tuu, Alhamdulillah. semoga Allah tetapkan Wira dan tingkatkn lg kemanisan iman
kekurangan wira bab solat neh, melewat-lewatkan sembahyang..
jeng3~ masih sedang berusaha mengawalkn.
selalunya Zohor la an.. nk dkat Asar 
baru kalut nak amik air sembahyang. terok kan?
tp insyaAllah.. pelan-pelan kayuh~~ 


thanks 4 reading. TC!


p/s : kna buat kempen jom solat awal! =p

Thursday, October 14, 2010

Tuesday, October 12, 2010

pilihlah..


Wanita solehah diberi peluang untuk memilih syurga yg dikehendakinya
sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yg bermaksud :



" jika seseorang wanita itu solat 5 waktu, berpuasa di 
bulan Ramadhan, taatkan suami dan  menjaga maruahnya, 
pilihlh syurga yg mana-mana ia mahu "

( Hadis Riwayat Al-Bazzar )




p/s : sama2 lah berdoa agar kita tergolong dlm golongan wanita solehah (:

Sunday, October 10, 2010

redha.



Pada suatu hari ,Rabiatul Adawiyah pernah ditanya,


" bilakah seseorang mencapai tahap redha? "


lalu Rabiatul Adawiyah menjawab,


" Apabila ia bergembira dengan musibah yang menimpanya
sepertimana dia gembira dgn nikmat yang diterimanya "



Hebatnya org beriman , dgn musibah dia mampu tersenyum.
Dugaan diapandangnya sebagai kasih sayang Allah kpdnya.



Saturday, October 9, 2010

nukilan pagi...



andai ini bisa membuat kamu lupai aku..
andai ini bisa menghapus dukamu..
andai ini bisa membahagiakan kamu..



bencilah aku..
jauhilah aku..
pergilah kamu..
carilah yang lain..




berbahagialah.. kerna aku sentiasa mendoakan kamu.. (:



Thursday, October 7, 2010

hey readers.


~coming soon~


still finding some materials 4 diz blog
it may content serious topic (:





with love
azwira hashim